fbpx

Syatilla Melvin: Tiada Istilah Jual Anak

Pelakon Syatilla Melvin yang merupakan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam berkata tidak ada istilah ‘menjual anak’ kerana peluang yang ada ini adalah rezeki baginya serta putera sulungnya, Syeriv Samheizy.

BACA: Shaheizy Sam Belum Bankrap, Peka Dengan LHDN

“Itu saya dah isukan Sam awal-awal. Benda tu jual anak tak kot. Macam saya cakap tadi, tak semua baby orang lain dapat peluang macam anak-anak artis. Jadi, Bila dapat peluang yang sama mereka pun akan gunakan seperti kami juga. Tidak ada istilah ‘jual anak’ ke apa tidak,” katanya.

Tambahnya lagi, disebabkan putera sulungnya itu, dia sedikit ke depan, dan mula diperhatikan peminat serta netizen di media sosial.

“Mungkin orang nampak saya ke depan sebab Syeriv kot. Saya menyedari keadaan ini, bila dia ada, mungkin Syeriv lah yang bawa saya ke depan. Tapi bukanlah saya 100% nak ke depan ke apa tidak. Tapi ramai orang suka dia (Syeriv) sebab dia comel dan daripada situ juga saya sedar followers dia meningkat naik dengan banyak”

“Tapi saya rasa ini adalah kebaikan untuk dia, sebab dalam masa yang sama saya merancang untuk buat baju melayu Syeriv untuk raya nanti. Baju melayu tersebut akan diberikan nama ‘Mat Yip’,” katanya yang juga akan kembali berlakon tidak lama lagi.

Sebelum ini, Syatilla turut menerima kecaman daripada netizen di media sosial, kerana dikatakan telah mengasari anaknya dengan menggoncang tangan secara kuat. Bagaimanapun, Syatilla tidak mengambil pusing akan perihal tersebut kerana beranggapan netizen-netizen ini sayang pada Syeriv.

“Saya rasa peminat Syeriv sayang dekat dia. Saya tak ambil benda tu sebagai nak marah ke apa. Rupanya ramai yang sayang budak (Syeriv) ni”

“Sebagai seorang ibu, takkan ada ibu yang nak menyakiti anak dia sendiri, mungkin itu dalam video, kalau tengok depan-depan benda tu tak ada apa pun, Syeriv sendiri pun gelak dia suka. Saya tak sangkalah benda itu jadi kontroversi, sebab benda itu biasa sahaja tak ada apa-apa. Sebab itu rutin saya hari-hari dengan dia, dan macam-macam kita buat dengan dia (Syeriv),” katanya lagi. (rtky/h)