fbpx

Haqiem Rusli Lebih Tenang Lepas Buang Tabiat Lama

Selepas seminggu sidang media mengenai isu despresi diadakan, Haqiem Rusli memberitahu dirinya kini lebih tenang untuk berdepan dengan kritikan netizen. Kata Haqiem lagi, dia tidak mahu memikirkan lagi tentang hal sebelum ini.

“Saya tak mahu lagi fikir situasi lepas dan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik. Saya kini lebih tenang. Buat masa ini saya kurangkan aktiviti pentas dan banyak menghadiri program bual bicara mengenai isu depresi,” katanya kepada Xtra.

BACA: Doktor Sahkan Haqiem Rusli Alami Kemurungan

Haqiem juga mengakui sikapnya sebelum ini yang gemar membuat carian namanya di media sosial dan membaca komen-komen negatif punca dirinya tertekan.

“Salah saya. Kalau dulu saya suka cari nama sendiri di Twitter dan baca komen orang tentang saya. Dalam masa sama, saya ambil serius. Bagaimanapun saya tidak akan memadam laman sosial dan akan terus berkongsi maklumat dan perkembangan terkini saya,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Haqiem turut meluahkan rasa syukur kerana peminat dan rakan-rakan tidak berhenti memberikan bantuan dan sokongan emosi kepadanya.