fbpx

“Saya Tak Pernah Kawal Hidup Fattah Amin”

Tidak dinafikan berita pembubaran kelab peminat Fattah Amin tempoh hari amat mengejutkan orang ramai, apalagi apabila punca pembubarannya tidak diketahui. Ramai mendakwa isteri, Fazura adalah punca pembubarannya.

BACA: Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin Jadi Tanda Tanya

Spekulasi timbul mengatakan Fazura yang terlalu mengawal Fattah dalam urusan kariernya menyebabkan ahli peminat beliau berasa kurang selesa. Tidak pasti benar atau tidak, Fazura tegas menafikan dakwaan terbabit.

“Saya tahu ada yang menyalahkan saya dan menuduh saya yang mengawal Fattah. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Suami saya adalah seorang yang sangat tegas dan bijak dalam membuat setiap keputusan hidupnya”

“Pada masa sama, tiada sebab untuk saya campur tangan atau mengawal hidupnya kerana sebagai seorang isteri, sayalah yang sepatutnya kena dengar cakap dia,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Sebagai isteri sememangnya tanggungjawab beliau untuk melindungi dan menjaga suami. Mungkin sebab pembubaran kelab peminat Fattah tidak dijelaskan dengan baik menyebabkan netizen membuat pelbagai spekulasi. (rtky/w)