fbpx

Aliff Syukri Dipuji Kongsi Rezeki Wang Tunai RM300k

Selalunya ada sahaja perkara tak kena di mata netizen apabila bercakap mengenai jutawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri. Ada saja mulut yang akan mengecam kerana menyampah dengan sikapnya yang suka menunjuk.

Tapi ramai yang tidak tahu sisi baik Aliff Syukri yang sentiasa membantu orang susah. Baru-baru ini, Aliff Syukri memuat naik video memperlihatkan beliau memberikan sumbangan makanan dan wang tunai kepada mereka yang memerlukan.

BACA: Panggil ‘Kakak Cantik’, Aliff Syukri Sokong LGBT?

Menerusi video tersebut, Aliff memberitahu setiap tahun dia akan memberikan zakat berbentuk makanan, sumbangan Hari Raya dan wang tunai bernilai RM300,000.

https://www.instagram.com/p/Bjb1EIInTOt/?utm_source=ig_embed

Katanya lagi, rezeki tersebut adalah berkat sokongan orang ramai yang membeli produk keluarannya dan anda jugalah penyumbang kepada mereka yang memerlukan.

Rata-rata netizen memuji sikap Aliff yang sentiasa membantu meringankan beban mereka yang memerlukan dan ramai mendoakan agar Aliff sekeluarga dimurahkan rezeki.

Bagusnya berkongsi rezeki pada yang memerlukan

Ada juga netizen meminta agar Aliff Syukri turut menghulurkan derma ke Tabung Harapan Malaysia dan membantu kerajaan baharu.  Diharap lebih ramai insan seperti Aliff Syukri.