fbpx

Dituduh Sengaja Gugurkan Kandungan, Shuhada Nekad Saman Pemfitnah

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang memfitnahnya sengaja menggugurkan kandungan sebelum ini.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuhada berkata komen netizen tersebut disifatkan sangat melampau serta meminta individu berkenaan menantikan surat saman daripada pihaknya.

BACA: Netizen Gembira Shuhada Kini Bahagia, Mampu Bawa Anak Bercuti Ke Jepun

“Jarang rasa nak buat tetapi ini sangat melampau. Saya memang akan ambil tindakan terhadap awak, tunggu surat saman saya sampai.

“Sementara itu, tunggu juga saman berganda daripada saya dan pasukan Berry Shape,” tulisnya.

Sementara itu, pihak produk berkenaan turut memuat naik semula Insta Story Shuhada serta memaklumkan pihak mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang memfitnah Shuhada serta jenama mereka.

Pada April lalu, Shuhada berkongsikan berita duka dia mengalami keguguran cahaya mata ketiga ketika usia kandungan berusia 14 minggu.