fbpx

“7 Tahun Kahwin, Baru Setahun Hidup Harmoni”

Perjalanan rumah tangga bagi setiap pasangan pastinya berbeza, begitu juga dengan Wawa Zainal yang mengakui rumah tangganya juga baru mengecapi bahagia setahun lalu walaupun sudah 7 tahun berkahwin.

BACA: Suami Hadiahkan Wawa Zainal Kereta Mewah RM250,000

“Selama hampir tujuh tahun berkahwin, jujurnya baru setahun ini yang betul-betul tiada bergaduh dan harmoni sahaja selalu. Kalau dulu ada juga bergaduh sebab saya asyik cari pasal je”

Menurut Wawa, mungkin kerana dirinya yang masih muda dan tidak matang mengendalikan sesuatu membuatkan beliau sering bergaduh dengan suami. Namun semakin meningkat usia dan matang, beliau kini lebih bahagia.

“Mujur Aeril banyak bersabar dengan perangai ‘harimau’ saya tetapi pada masa sama saya belajar untuk menghargai dan tidak lagi menjadi harimau jadian. Rezeki murah gila bila rumah tangga harmoni”

“Terus terang saya menyesal dulu selalu cari pasal dengan dia. Jika dari dulu harmoni mungkin saya sudah kaya raya sekarang,” selorohnya mengenai pertanyaan mengenai tips rumah tangga.

Biasalah setiap rumah tangga pasti ada pasang dan surut. Selalunya perkahwinan di usia muda memang banyak cabarannya kerana faktor kematangan pasangan masing-masing. Apapun semoga pasangan ini sentiasa bahagia! (rtky/w)