fbpx

6 Tips Cinta Yang Menarik Dari Gwyneth Paltrow

Baru-baru ini, pelakon Gwyneth Paltrow telah mengumumkan bahawa dia dan suaminya Chris Martin telah berpisah selepas bersama hampir 9 tahun sejak Disember 2003.

Walaupun berita itu tidaklah begitu mengejut (sebelum ini banyak gosip mengenai keretakan hubungan mereka) ianya sedikit ironi, memandangkan Gwyneth sebelum ini ada banyak memberi nasihat mengenai hubungan dan cinta. Berikut adalah tips cinta yang agak menarik darinya :

1. Jangan berhujah atau berdebat

Paltrow menasihati supaya anda menghindari dari suka menjerit kepada pasangan anda. Apa sahaja yang anda rasa, lakukan sebaliknya. Pergi kepada pasangan anda dengan kasih sayang dan tawan hatinya. Bagi kami, mungkin perbincangan rasional adalah idea yang lebih baik dari ini.

2. Jadilah seperti seorang suri rumah 1950-an

Pada tahun 2012, Paltrow memberitahu Harper’s Bazaar bahawa pendekatan lama di dalam hubungan adalah kunci utama. “Saya mahu mengekalkan perkahwinan saya dan keluarga saya, jadi saya perlu berada di sana apabila dia [suami, Chris Martin] balik ke rumah,” katanya. “Anda perlu menjadi seorang isteri“

3. Tetapi beri mereka kebebasan

Menurut Gwyneth, “Chris adalah seorang pencipta lagu yang genius. Jadi saya tidak pernah berkata, di mana kamu? Anda perlu berada di rumah sekarang. Saya lebih suka memberi dia kebebasan”

4. Mempunyai sikap yang tenang sekiranya pasangan anda curang

Dia juga berkata yang dia merupakan wanita yang pemaaf tetapi tidak boleh memberikan jawapan jujur kerana tidak pernah mengalami situasi itu. Khabar angin tersebar bahawa perkahwinan Gwyneth dan Chris Martin berakhir selepas Gwyneth dikesan mencium bekas teman lelakinya Donovan Leitch. Hmm.. Memang pelik!

5. Kongsi obsesi diet anda dengan suami anda

Dia memang terkenal dengan pelbagai tips diet termasuklah diet jus detoks dan juga diet makrobiotik. Menurutnya kandungan bukunya yang diterbitkan pada tahun 2013 iaitu All Good, seluruh keluarga sama-sama berkongsi keseronokan penjagaan makanan yang dilakukan olehnya. Dia juga telah menetapkan makanan apa yang boleh dan tidak boleh dimakan oleh anak-anaknya. Baru-baru ini dia juga mendedahkan yang keluarganya tidak makan karbohidrat seperti pasta, roti, bijirin diproses seperti beras putih.

6. Membincangkan secara terbuka kesukaran perkahwinan anda

Walau kebenaran itu pahit, bagi Gwyneth, jujur adalah perkara paling penting. Di dalam banyak temubual bersamanya, dia banyak membicarakan tentang perkahwinan dan nasihat. Dia juga berkata yang dia melalui saat-saat getir sama seperti pasangan lain.