Che Ta Tak Melatah Disamakan Dengan Big Bird
Setiap kali berlangsung acara berprestij, sudah tentu gaya atau fesyen selebriti popular antara yang dinantikan peminat. Baru-baru ini, busana serba kuning yang digayakan Rozita Che Wan di Anugerah Skrin 2019 menjadi perhatian ramai.
Tampil dengan gaun kembang, ada netizen menyamakan fesyen Che Ta itu dengan karakter Big Bird dalam program Sesame Street, malah ada juga yang berkata persalinan tersebut seperti pulut kuning bertingkat.
BACA: Che Ta Bimbang Suami Diminati Wanita Lain
Sudah masak dengan perangai netizen, Che Ta sedikit pun tidak melatah dengan komen netizen malah menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu.
“Saya sudah masak dan faham dengan perangai netizen yang mudah terhibur dengan perkara sebegini. Saya tidak kisah dan tak ambil serius pun dengan perkara itu. Sekali pandang, memang ia kelihatan serupa, tetapi tetap tak sama.
“Sebaliknya, saya menganggapnya sebagai sesuatu yang lucu. Saya yakin, ramai juga yang terhibur dengan kegigihan mereka menggabungkan gambar saya dan (karakter) burung itu dalam kolaj,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Che Ta berkata dia amat menghargai usaha keras pereka fesyen menghasilkan rekaan yang menarik kerana ianya bukan sesuatu yang mudah.
Mungkin netizen hanya bergurau saja, apa pun Che Ta tetap kekal anggun dan menawan menggayakan pakaian tersebut. Kalau diikutkan, apa sahaja yang Che Ta gayakan pasti akan nampak cantik.
- SUMBER
- BH Online
Lapar la pulak
Fashion dont ..ingat nak cipta trade mark la konon mcm JLO dgn baju hijau dia tu … Aduh nek …kau tu kokdiang habih na ….
Tak tau malu ka nek tak …kalau kat Jepun , designer tu patut dah pancung diri ..
Kah..kah..kah..
makin teruk..fesen
Fesyen yg meletop yg simple2 tp nmpk elegen! Ni dah rupa apa ropol2 ikat tiang mcm langsir pun yer. Over laa design ko ni..
Pinjam boleh cheta, nak ikat curtain umah kami.hehe
Saper designer yang buat che ta nampak lucu sgt ni?
pada saya kreatif dan satu kelainan…jgn kecam.. ini pndapat saya.
Che ta ni mcm lady diana. Pakai apa pun cantik. Mekap je bg kurang sikit sebab che ta dh lawa pun.
Mn nak dpt ni ye, catek bebeno
Mcm. Bird sesame street
Harus dipuji che ta kerana berani berpesen gini.
Fesyen paling lawak abad ni..hahhahaha Dpt anugerah sarang Burung angry bird…sbb dh cam angry bird ku tengok, 2 kli pandang cam mop lantai… p apapun che ta ttp cantikm wlw u pakai sarung guni sekalipun u ttp anggun che ta….