fbpx

Penciptaan paling hebat dalam sejarah HUAWEI, HUAWEI Mate40 Pro, dipenuhi dengan ciri-ciri yang mengagumkan dan inovasi yang terbaik!

Bukan dari segi fotografi jer, ciri-ciri yang berkaitan dengan kerja di ofis pun ada dan sesuai sangat untuk anda milikinya. Fungsi-fungsi lain pun tak kurang hebatnya. Boleh membuatkan anda jaw-dropped tau. Nak nak pula hidup di zaman serba moden ni. Hah! Sesuai amatlah kalau nak pakai HUAWEI Mate40 Pro.

Kalau anda nak tahu, baru-baru ini HUAWEI Mate40 Pro dinobatkan sebagai Telefon Pintar 2020 yang serba boleh tau. Fuiyo hebat nau!


Ada apa dengan HUAWEI Mate40 Pro ni kan? Sebenarnya dengan HUAWEI Mate40 Pro, ini juga membolehkan anda selangkah lebih maju untuk anda bekerja di ofis berbanding jenama lain. Nak tahu kenapa. Meh kita selongkar satu persatu!

Patutlah Serba Boleh, Ini Sebabnya!

1. HUAWEI Notepad Bantu Mengeluarkan Teks Dengan Cepat

HUAWEI Mate40 Pro mempunyai banyak ciri; salah satunya ialah HUAWEI Notepad. Untuk ciri ni, ia dapat yang kini dapat mengenali teks dan membolehkan anda mengekstrak atau mengeluarkan teks tu dan berkongsi dengan rakan ofis anda dengan cepat.

2. Boleh Buka Tiga Aplikasi Di Desktop Serentak

Multi-Screen Collaboration menawarkan cara baru untuk anda memindahkan fail dengan lancar. Bukan itu jer, anda juga dapat membuka tiga aplikasi di desktop secara serentak di HUAWEI MateBook anda.

Oleh itu, anda boleh mengadakan panggilan persidangan, semak dokumen, dan juga dapat update berita sekaligus! Satu lagi, kalau komputer riba anda kehabisan bateri, anda juga boleh menggunakan Smart Multi-Window di Mate40 Pro anda! Hebat gais…

3. Floating Windows Buat Anda Work Smart!

Dengan floating windows dengan ukuran yang boleh disesuaikan, ia dapat bantu anda untuk bekerja dengan lebih bijak!

Kalau anda berada dalam mesyuarat, anda boleh buka cadangan anda, buat nota dengan aplikasi Notepad, anda juga boleh buka kalkulator kalau perlu. Dan bila mesyuarat dah habis, anda boleh terus kongsikan minit mesyuarat kepada rakan ofis anda. Haa…sekarang ni barulah boleh claim work smart! Tak gitu? Tak delah terhegeh-hegeh nk taip di laptop lagi kan?

4. Menyokong Pengecasan Lebih Pantas

Pernah tak berada dalam situasi, anda terlupa mengecas telefon pintar anda semalaman, lepastu kalut pula nak online meeting pagi tu. Alahai dahlah meeting akan start kurang dari 10 minit jer kan?

Rileks, dengan HUAWEI Mate40 Pro, anda dah tak perlu risau dah. Kalau jadi kejadian macam ni lagi, boleh tersenyum jer sebabnya telefon pintar ini menyokong pengecasan lebih pantas 66W, bersama pengecasan tanpa wayar 50W; 66W HUAWEI Wired SuperCharge!

Dengan ciri yang super mantap ni, anda nak charge telefon pintar sambil ‘coffee break’ pun sempat.

Yang paling penting, anda tidak perlu membayar kos tambahan pun untuk menikmati pengecasan Superfast ini kerana ianya sememangnya PERCUMA!

5. Golden Snap 2.0 Bantu Imbas Dokumen Tanpa Pengimbas

Satu lagi ciri luar biasa HUAWEI Mate40 Pro ialah Golden Snap 2.0.

Ada masanya anda memerlukan dokumen kepada pelanggan atau pembekal tetapi tidak ada pengimbas di sekitar anda kan. Lepastu anda pun cubalah menggunakan telefon pintar anda tu kononnya nak mengimbas dokumen. Tapi! Ada bayang-bayang lah pula…Memang tak dapat lah nak ‘detect’ pengimbas tu. Spoil mood dah kat situ!

Tapi dengan Golden Snap 2.0, eksklusif untuk anda pengguna HUAWEI Mate40 Pro, anda boleh mengimbas dokumen tanpa pengimbas dan gangguan bayangan pun. Amacam? Amazing kan? Buat apa lah nak susah-susah sedangkan benda senang ada!

6. Perisian Komunikasi Yang Eksklusif

Okay untuk ciri seterusnya adalah perisian komunikasi eksklusif, MeeTime by HUAWEI yang bukan hanya mempunyai panggilan video yang lebih sharp, lebih cerah dan lebih lancar, tetapi yang paling penting, ia dilengkapi dengan fungsi share-screen.

Dengan ciri ini, anda boleh membincangkan cadangan dengan lebih tepat.

HUAWEI Mobile Services (HMS) Sangat Best!

Seperti yang anda tahu HUAWEI Mobile Services (HMS) telah berkembang dengan jayanya sejak tahun lalu dan telah membantu meningkatkan kehidupan pengguna dengan aplikasi pintarnya.

Apa sahaja yang dimiliki Google, HUAWEI pun ada memilikinya. Dan dalam beberapa situasi, HUAWEI dapat melakukan yang lebih baik dengan menawarkan pengalaman dan penghargaan yang lebih baik kepada anda.

HUAWEI juga telah melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih baru, HUAWEI Pay. Anda kini boleh melakukan transaksi yang selamat dengan hanya sekali tap jer pada telefon pintar HUAWEI.

Anda juga hanya perlu memasukkan kad kredit ICBC Union Pay anda. Kad debit dari bank utama, kad prabayar & e-wallet juga turut tersedia di HUAWEI Pay tidak lama jer lagi. Mudah sangat lah nanti.

Selain HUAWEI AppGallery dan HUAWEI Pay, terdapat juga aplikasi baru seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs! Bagi pengguna Mate40 Pro, anda boleh dapatkan HUAWEI Mobile Cloud Storage percuma selama 12 bulan, akses 3 bulan untuk HUAWEI Video VIP Access, baucar RM40 untuk HUAWEI Books dan banyak lagi. Sangat awesome!

Jangan Lupa Dapatkannya!

HUAWEI Mate40 Pro adalah telefon pintar serba boleh yang hanya berharga RM4,299 dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300 termasuklah HUAWEI Sound X yang bernilai RM1,299! Tapi terhad kepada 1000 unit sahaja yer, siapa cepat dia dapat!

HUAWEI Mate40 Pro akan mula dijual secara rasmi pada 12.12 ini. Anda boleh layari laman web rasmi HUAWEI DI SINI atau boleh saja pergi di mana-mana Stor HUAWEI dan Stor HUAWEI Experience di seluruh Malaysia!

Banyak Lagi Produk Lain

Selain daripada siri HUAWEI Mate40, ada juga pelancaran untuk produk HUAWEI lain iaitu HUAWEI Y7a, Gentle Monster Eyewear ll, Freebuds Pro, WATCH GT2 Pro, MateBook 14 dan MatePad T10s.

Hingga kini, HUAWEI Y7a adalah satu-satunya telefon pintar di pasaran sekarang yang menyokong 22.5W Supercharge pada harga RM799 sahaja! Semuanya anda boleh dapatkan pada 12 Disember ini! Anda boleh check out 7 sebab anda patut suka HUAWEI Y7a DI SINI!


Jadi, save the date!

Better Together 2020

Dari sekarang sehingga 3 Januari 2021, rakyat Malaysia boleh menikmati ganjaran berganda apabila membeli HUAWEI WATCH GT 2 Pro yang berharga RM1,199. Dengan setiap pembelian, pelanggan bakal menerima hadiah eksklusif serta peluang untuk memenangi hadiah berjumlah sehingga RM300,000, termasuk sebuah Proton X50. Ini termasuk pembelian untuk HUAWEI FreeBuds Studio, FreeBuds Pro, MatePad T 10s, Eyewear II dan banyak lagi!