fbpx

Perintah kawalan pergerakan bersyarat, atau PKPB dah kembali dilaksanakan. Kami pasti ramai yang terasa bosan! Tak boleh nak bergerak ke sana sini sangat kan? Tapi kalau tinggal kat rumah dan selamat, why not? Tak bermakna yang anda harus ada perasaan bosan tu.

Sekarang ni lah masa yang tepat untuk anda layan siri drama yang ramai dah terjebak pun terutamanya drama Korea! Mesti banyak dalam list ‘wajib tonton’ anda kan? Atau masa ni jugaklah anda boleh buat vlog. Ala…ala-ala Youtuber dan Instafamous sekarang dok buat tu. Kalau banyak followers dan subsribers, memang boleh buat duit tau! Ataupun mungkin ni juga lah masanya untuk anda menghabiskan masa yang berkualiti dengan keluarga atau rakan serumah anda!

Haa..telefon pintar HUAWEI Y7a yang baru ni sesuai sangat untuk anda masa ini. Dan yang paling best, tak perlu nak pecah tabung untuk dapatkannya sebab harganya sangat berbaloi dan anda boleh memilikinya!

Meh kami nak tunjuk kat anda 7 sebab anda pasti jatuh cinta dengan keluaran telefon pintar terbaharu yang berteknologi gergasi ini:


7 Sebab Kenapa Anda Patut Suka HUAWEI Y7a!

1. HUAWEI Y7a Adalah Satu-satunya Telefon Pintar Di Bawah Rm800 Yang Menyokong Pengecasan Pantas 22.5w

Cuba bayangkan anda tengah syok-syok tengok TikTok, scroll FB, tengok IG crush anda, main game, tengah ambil gambar untuk letak dalam IG, tiba-tiba bateri lemah! Aduh fed-up gais. Dah tak pasal-pasal kena stop kejap dan tunggu pulak mengecas telefon tu ha. Memang betul potong mood lah!

Tetapi sekarang, dengan kemampuan pengecasan 22.5W dari HUAWEI Y7a ini, semua masalah settle! Anda hanya perlu pasangkan plug untuk mengecas, pergi mandi atau sambil buat secawan kopi jer pun…Pap! 10 minit cas pun dah boleh tonton video selama 2 jam! Amacam? Laju gais…Keluar-keluar toilet dah boleh terus sambung aktiviti anda tadi.

2. HUAWEI Y7a Dilengkapi Dengan Kapasiti Bateri 5,000mAH Yang Besar

Kalau anda jenis yang suka buat banyak benda dengan telefon pintar anda, sudah semestinya anda nak bateri yang tahan lama dan besar kan? Jangan risau, dengan tenaga dan kapasiti bateri 5,000mAH yang besar bersama reka bentuk yang ‘kurus’ dan ‘ramping’, HUAWEI Y7a adalah peranti yang sempurna untuk anda yang inginkan telefon pintar yang terus bertahan untuk jangka masa yang lebih lama. Ia juga menyokong online playback sehingga 16.6 jam dan panggilan 4G selama 38.2 jam. Fuiyo! Gila hebat doh…

3. HUAWEI Y7a Mengemas Storan Sehingga 128GB

Kadang-kadang rimas dan bosan jugaklah kalau selalu asyik padam aplikasi, foto, video, atau fail lain semata-mata nak bagi ruang kepada yang baru. Dengan HUAWEI Y7a ini, ia dilengkapi dengan ruang penyimpanan 4GB + 128GB yang besar untuk anda menyimpan semua momen-momen indah anda dan juga semua aplikasi kegemaran anda, hanya di hujung jari sahaja.

Berita baik, ia juga menyokong penyimpanan luaran sehingga 512GB. Jadi anda boleh menyimpan lebih banyak lagi! Bestnya…

4. HUAWEI Y7a Mempunyai Kamera Quad AI 48MP (sudut Ultra-Lebar 8MP + Kamera Makro 2MP + 2MP Depth Camera)

HUAWEI Y7a mungkin antara telefon pintar yang dapat mengabdikan memori terindah anda dengan sempurna. Ia mempunyai Kamera Quad AI 48MP yang dilengkapi dengan kamera Ultra-Wide dan Macro, dalam semua situasi pencahayaan.

[Makro]

[Ultra-wide]

Pada masa yang sama, anda boleh tangkap gambar candid terbaik untuk orang yang anda sayang yang sedang menjamu selera dalam kegelapan dengan super night shot feature. Pasti terbaik hasilnya nanti.

5. HUAWEI Y7a Menjadi Hebat Dengan Paparan HD Penuh 6.67 Inci

HUAWEI Y7a membolehkan anda melihat lebih jelas dan melakukan lebih banyak benda dengan paparan Full HD + 6.67 inci dengan nisbah skrin 90% ini. Selain itu, dengan tetapan cahaya biru rendah yang disahkan oleh TÜV Rheinland, anda akan dapat melihat skrin dengan selesa untuk jangka masa yang lebih lama.

6. Huawei Y7a Hadir Dalam Reka Bentuk Canggih Yang Menggabungkan Kecantikan Dan Keselesaan

HUAWEI Y7a hadir dalam tiga warna yang sangat cantik iaitu Blush Gold, Crush Green dan Midnight Black. Ia mempunyai reka bentuk ergonomik 3D yang menjadikan anda selesa untuk pegang telefon pintar anda dalam jangka masa yang lama.

7. Huawei Y7a Membolehkan Anda Lebih Dekat Dengan Orang Tersayang Dengan HUAWEI Meetime

Tetap berhubung dengan orang yang anda sayangi, walaupun masing-masing jauh disebabkan tempoh PKPB melalui panggilan video berkualiti tinggi tanpa penggunaan data yang tinggi pun. Hebat kan? Dengan HUAWEI MeeTime, anda juga boleh berkongsi skrin anda kepada orang yang anda sayangi untuk mendapatkan pendapat mereka semasa anda sedang online shopping. Kan sweet macam tu?

Galeri Aplikasi dan Petal Search Widget

Sama ada anda perlu mencari maklumat, “window shopping” dalam talian, bermain permainan mudah alih atau mengikuti siri drama terbaru, anda akan dapat mencari aplikasi yang anda perlukan di HUAWEI AppGallery yang kini mengandungi sebahagian besar aplikasi yang disukai rakyat Malaysia.

Selain itu, anda boleh menggunakan Petal Search Widget yang telah dipasang untuk mencari semua aplikasi yang anda perlukan dengan cepat dan mudah.

Harga dan Ganjaran

HUAWEI Y7 boleh didapati di HUAWEI Store dan semua HUAWEI Experience Stores (HES) di seluruh negara mulai 30 Oktober dengan harga hanya RM799 sahaja!

Selain itu, dengan setiap pembelian HUAWEI Y7a, anda dapat menikmati percubaan percuma 30 hari* akses ke saluran hiburan dan pendidikan seperti Qello Concert, The Explorer dan HUAWEI Academy di HUAWEI Video. Di samping itu, anda juga dapat menikmati akses percuma HUAWEI Cloud Storage hingga 15GB selama 12 bulan*

Bukan itu jer, anda juga berpeluang mendapatkan satu (1) kipas mini portable. secara percuma!

Terdapat banyak lagi ganjaran lain yang menanti anda, jadi pastikan anda check out dengan HUAWEI Member Centre!

*Mengikut terma dan syarat, selagi stok masih ada.


Jangan lupa dapatkan HUAWEI Y7a pada 30 Oktober ini dengan hanya RM799 sahaja!

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai HUAWEI Y7a yang terbaharu ini, anda boleh terus ke Laman Web HUAWEI atau halaman Facebook HUAWEI.