fbpx

Konflik Fasha Sandha, Nora Danish Bakal Selesai

Nora Danish hari ini menjelaskan yang konflik antara dirinya dan Fasha Sandha yang berlarutan sejak tahun lalu bakal menemui penamat apabila kedua dua mereka menerima arahan dari mahkamah tidak lama lagi.

Pada Mei tahun lalu, kedua-dua pelakon ini terpalit kontroversi apabila Fasha Sandha didakwa telah menuduh Nora Danish menghalaunya pada sebuah majlis pertunjukkan fesyen.

BACA: Fasha Sandha Terasa Dengan Suami Nora Danish?

“Apa yang akan saya jelaskan nanti adalah penamat segala yang berlaku antara kami. Ketika ini, kami hanya menunggu arahan mahkamah dan selepas itu, baru kami akan keluarkan kenyataan rasmi.

“Bukan kami tidak mahu selesaikan kemelut ini di luar mahkamah, tetapi tidak boleh. Jika boleh, sudah lama kami melakukannya. Saya positif konflik ini dapat diselesaikan dengan cara baik,” ujar Nora Danish.

Beliau turut mengakui yang dirinya dan Fasha Sandha ada mengunjungi Pejabat Mediasi, Mahkamah Tinggi Shah Alam baru baru ini. (rtky/m)