Nampaknya drama menjelang Aidilfitri ini tidak akan berakhir begitu saja. Sebabnya semalam perasan juga suami Nora Danish iaitu Nedim Nazri ada muatnaik satu kenyataan di Instagram Stories berkaitan dengan seorang individu dan turut berkaitan dengan anak.

BACA: “Tiga Hari Tak Jumpa Anak, Muka Dah Luka”

Namun Nedim tidak menyatakan siapa gerangan orang yang ditujukan tersebut. Hendak dijadikan cerita, anak perempuan Fasha Sandha juga baru saja terluka sikit di bahagian berdekatan dengan mata setelah dijaga oleh bekas suaminya.

Oleh kerana itu, Fasha turut memuatnaik kenyataan balas di Instagram Stories (senang sekarang, boleh main balas balas kenyataan di Instagram Stories saja) yang turut menjelaskan situasi sebenar.

Masalahnya, sejak dari awal lagi, Nedim tidak menujukan perkara tersebut kepada Fasha. Memuatnaik kembali kenyataannya sebelum ini, Nedim siap highlight perkataan him dan his selain satu video yang menyatakan perkara tersebut bermaksud anak lelaki dan bukannya anak perempuan.

Entah bilalah agaknya gaduh gaduh manja di antara dua selebriti ini akan berakhir. Namun jauh di sudut hati, kami percaya satu hari nanti, tidak mustahil mereka mampu untuk berbaik semula. Sekian. (rtky/s)