fbpx

5 Tanda Suami Anda Lelaki Paling Sweet!

Kami tahu isteri isteri di luar sana sentiasa mencari cara untuk memastikan hubungan dengan suami sentiasa mekar dan berseri. Dari memasak makanan kegemaran sehingga memberi kejutan manis pada tarikh istimewa – kami pasti wanita sentiasa ada cara mereka sendiri.

Bagaimana dengan suami atau lelaki dalam hidup anda? Haa, ini ada 5 tanda suami anda seorang lelaki yang sweet dalam pastikan andalah satu satunya permaisuri dalam hidup mereka.

1. Mudah Ucap Kata Kata Sayang

Percayalah tidak mudah sebenarnya untuk seorang lelaki mengucapkan kata kata manis dengan kerap lebih lebih lagi ungkapan ‘I Love You’ setiap hari. Jika suami anda seorang yang kerap lontarkan ucapan manis dan sayang untuk anda, dia memang seorang yang sweet!

2. Sentiasa Buat Kejutan

Usaha untuk memikat hati perempuan tidak seharusnya berhenti selepas berkahwin bukan? Seorang suami yang sentiasa berusaha menghangatkan hubungan dengan memberi kejutan berupa hadiah mahu pun percutian ringkas boleh dikategorikan seorang yang sweet.

3. Suka Makan Sama Sama

Lelaki yang tak pelahap akan tunggu untuk makan bersama isteri dan anak anak. Malah lebih manis lagi jika si suami belikan Bucket Berbaloi dari KFC. Malah elemen surprise ini jugalah kadang kala yang ayah kita buat untuk gembirakan satu keluarga.

Hadir dengan harga yang sangat berpatutan, hanya daripada RM26.90 – anda akan dapat 5 ketul ayam yang digoreng panas panas, (1) kentang putar, cheezy wedges dan juga dua minuman. Sehebat namanya, semestinya berbaloi!

Alamak, kami dah terbayang bila makan ayam KFC yang spicy, boleh dengar bunyi kulit ayam yang rangup ketika digigit!

4. Suami Faham & Peka Isteri Sukakan Keju!

Jika suami anda prihatin dengan minat isteri yang mendalam, pasti dia akan tahu bahawa isterinya sukakan keju. Selari dengan kehendak anda, KFC Bucket Berbaloi memang ada siap Cheezy Wedges sekali.

Kalau tak kena gaya, memang boleh berebut dengan isteri nak makan Cheezy Wedges dan saat anda berebut bersama isteri atau anak anak inilah yang akan jadi kenangan bila masa sudah berlalu nanti. Tapi jika tak mahu berebut, Bucket Berbaloi juga hadir dalam kombo B dan C.

5. Setia Yang Membawa Bahagia

Mungkin bagi sesetengah orang, makanan tidak membawa apa apa makna tapi sebenarnya daripada makanan itu jugalah tercipta memori. Memori inilah yang mengikat hubungan kekeluargaan dengan lebih rapat bahagia. Sebab itulah tidak dapat dinafikan bahawa setiap keluarga pastinya mempunyai kenangan bersama KFC.

Apa yang paling penting buat seorang isteri, suami haruslah setia dan hanya mahukan seorang perempuan dalam hidup untuk melengkapkan segalanya. Senang cerita kalau dia tidak setia atau mahu pasang isteri banyak, suami anda tidak sweet!