5 Tahun Beroperasi, Tomok Terpaksa Tutup Perniagaan Tudung
Umum mengetahui penyanyi Tomok mempunyai peniagaan tudung diberi nama Arriandra. Bagaimanapun, selepas lima tahun beroperasi, Tomok mengumumkan terpaksa menutup perniagaan tudungnya itu.
Akui berat hati dan sedih untuk menutup perniagaan itu, Tomok berkata keputusan itu diambil selepas usaha untuk bertahan tidak berjaya. Tomok turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang memberikan sokongan.
BACA: Tomok Pilih Nama Anak Ketiga Siti Khadijah
“Berat untuk saya tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih korang yang pernah sokong Arriandra.
“Yang pernah bekerja dengan kami, pernah beli tudung dari kami, pernah datang booth dan juga beli secara online. Sudah berapa tahun kami cuba untuk bertahan tapi itulah dia, bisnes ada naik turun,” ujarnya.
Difahamkan perniagaan tudung yang diusahakn oleh Tomok bersama rakan kongsikan dijual menerusi atas talian dan laman e-dagang.
Dalam pada itu, Tomok berkata dia akan membuat jualan murah dalam masa terkedat bagi menghabiskan stok yang tinggal serendah RM5 sahaja.
“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini. Nanti saya cari tempat untuk habiskan lebihan tudung. InsyaAllah ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Insyaallah, Aamiin. Hari ni kami terpaksa pindah keluar dari tempat ini.
“Siapa berminat, InsyaAllah kami akan adakan clearance sale. InsyaAllah kami akan jual murah-murah saja. RM5 pun ada. Korang ambil la, nak tutup kedai dah ni,” katanya.
Selain bisnes tudung, Tomok turut mempunyai francais minuman Chatime serta Street Churros yang terletak di Aeon Mall, Shah Alam dan Seremban2.
- SUMBER
- mStar Online
Xpe tomok jatuh bngun dlm meniaga ni adat laa. Never give up teruskan usaha.
Biasa je. Jika x mnguntungkan lebih baik tutup. Kita buka bisnes lain. Move forward.
Ada hikmah di sebalik kejadian. Apapun terima kasih sebab sudi bergambar bersama keluarga kami semasa di Chatime, AEON Mall Shah Alam. Semuga Tomok dan keluarga sentiasa dilancarkan rezeki, dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat barakah dari Allah. Semuanya adalh kehendak dari Allah.
Tak ada bisnes lain ke? dok asyik jual tudung je..kalau bisnes melayu kalau tak tudung, jual ubat seks, ubat putih kulit, bundle, air jampi. Bisnes yg tak progresif dan innovatif
memang patut pun tutup..dah banyak sangat.
Tomok nie kalau dgn New Boyz aku benci. Bila solo baru minat..
Hensemnyerrrr abg tomok….mesti ketiak pun wangi jer…hmmmm i nak…errr…errrr…..hmmmm nak ..
at least tomok jujur bagitau pasal apa nak tutup.. ramai retis salahkan orang lain bila bisnis tutup. soo sebab tu makcik tak nak kecam beliau ,respect ada la .. semogaa maju jaya teruskan usaha
dia ada kiosh chatime dgn street churros laa kak…bukan jual tudung je… sila bc smpi habis ya
zaman org jimat cermat…beli tudung pasar malam ajer.
Stock tak jalan…demand kureng..baik tutup saje dr menanggung rugi.
Kalau ada si kamal haris ni msti dia komen mcm umat nabi lut