5 Tahun Beroperasi, Elfira Loy Sedih Kafe Terpaksa Ditutup
Umum mengetahui pelakon Elfira Loy mempunyai perniagaan kafe iaitu Love Me Sevendays. Bagaimanapun, selepas lima tahun beroperasi Elfira terpaksa membuat keputusan menutup kafe miliknya itu.
Berkongsikan berita sedih itu di akaun Instagram, Elfira berkata penutupan kafe itu dibuat bukan disebabkan pandemik COVID-19 tetapi kerana sukar untuk memberi komitmen terhadap perniagaan itu.
BACA: Demi Watak Boyish, Elfira Loy Habiskan RM2,000 Beli Pakaian
“Mengimbau semula pada hari pertama saya mendapat kunci kedai hingga hari terakhir. Saya simpan berita ini agak lama sebab saya sendiri tak pasti nak teruskan atau tidak.
“Bukan disebabkan pandemuk ke apa tapi sebab utama saya tidak boleh lakukan 10 kerja dalam satu masa dan lepaskan tanggungjawab kepada orang lain. Jadi ini adalah keputusan terbaik. Sedih tapi saya rasa ini adalah yang terbaik,” katanya.
Elfira turut mengucapkan terima kasih kepada pelanggan yang pernah datang ke kafe tersebut dan sentiasa memberikan sokongan. Malah, Elfira turut memohon maaf jika ada menggores hati pelanggannya serta berharap diberikan rezeki untuk membuka kafe semula.
“El nak ucapkan terima kasih kepada mereka yang pernah datang ke kafe El, sokong El & sentiasa bagi kata semangat kepada El. El juga ingin memohon maaf jika sepanjang anda berada disini kami mengguris hati anda. Jika ada rezeki nak bukak lagi,” tulisnya.
Tutup jer lar dik. Akak nk mkn luar pun xder mood dgn wabaknya… mahal nya..rasa was2… masak sendiri lg best.
Byk restoren katup sbb x sedap harga tel aviv pulok tu
org x pergi makan restoren kecuali org tu terdesak sgt…why bother?
Kerje hapooo asik ngasuh anak jew sis hikks ckp saja x laku case closed!
x boleh survive la tu :(
Domino efek PKP la ni.Business d mana2 slow zman pekerja lbh byk dri pelanggan. Org takut dgn covid lgpun ekonomi tahap kegawatan cuma PNipu je x kasi tahu walhal pendemik ni org lg jimat cermat bkn masa nk spend benda2 yg xwajib byk kerja hilang.
Skunk ni gerai2 jer laku jimat cermat tau dgn mau bayar bil tenaga netanyanhu nasional lagi beribu i ols kena celaka betol bil api prorata main agak2 giler ke haper cam hanat!
Duit x masuk je mmg kena tutup dik dr ko tanggung rugi lebih byk nanti. Bijak El nie.
Artis senang nak cari duit.Buat ig review dan yt channel lagi mudah,otak tak berserabut.Adik beradik dah boleh cari makan sendiri, biarlah mereka usaha sendiri.Jaga rumahtangga sambil buat kerja di rumah lebih baik.
Before pkp pun tak buka selalu. Sebab saya sendiri pernah pergi. Tutuplah, pindahlah. Your name alone cannot sell because followers on socmed are not automatically customers. Real customers nak makanan sedap macam dalam pics yg upload diinstagram. In future kalau nak buka juga, tukar #nama. … sebab tak buka seven days pun.nasihat ikhlas ni.