fbpx

Jaclyn Victor Tidak Mahu Anak Dibesarkan Di Amerika Syarikat

Tidak mahu anak mereka dibesarkan di dalam budaya Amerika Syarikat, Jaclyn Victor dan suami mengambil keputusan untuk terus menetap dan membesarkan anak di Malaysia.

BACA: Jaclyn Victor Selamat Timang Anak Lelaki Pertama

“Shawn sangat tertarik dengan rakyat Malaysia yang masih berpegang kuat kepada budaya dan nilai murni berbanding di negara asalnya yang lebih bersifat terbuka. Atas sebab itu juga suami saya mahu terus menetap di Malaysia dan membesarkan anak kami di negara ini”

“Saya tidak mahu manjakan dia dengan menyediakan segala-galanya apa yang dia inginkan kerana itu hanya akan merosakkan dirinya di kemudian hari. Malah suami juga bersetuju dengan perkara itu dan berharap dia dapat membesar menjadi seorang yang berdikari dan rendah diri,” jelasnya kepada mStar Online.

Semoga segala perancangan Jaclyn Victor dan juga suami akan dipermudahkan. Didikan yang baik daripada ibu bapa adalah penting demi kelangsungan masa depan anak mereka nanti. (rtky/s)