Bagi mereka yang meminati sukan pemotoran, nampaknya kali ini anda boleh memberi sokongan dan juga sorokan penuh semangat kepada Muhammad Zulfahmi Khairuddin di Motul FIM Superbike World Championship 2016 yang akan diadakan bermula dari 13 hingga 15 Mei di Litar Antarabangsa Sepang.

Kami kongsikan 5 perkara menarik yang mungkin anda tidak tahu mengenai Motul FIM Superbike World Championship 2016.

1. Acara Permotoran 2 Roda Antarabangsa Yang Terbesar Di Malaysia

4- 5 Sebab Kenapa Anda Perlu SupportFahmi63 - ROTIKAYA
Datang berikan sokongan anda kepada pelumba negara Muhammad Zulfahmi Khairuddin. Melalui kempen sokongan #supportfahmi63, dilaporkan Fahmi mempunyai sebanyak 59,000 peminat tegar melalui laman Facebook Zulfahmi Official Fan Page.

Jadi, kepada penyokong Zulfhami, apa tunggu lagi, waktu inilah anda harus beramai-ramai turun ke Sepang Circuit untuk tunjukkan sokongan kepada Fahmi. Jom!

2. Sokongan anda Pembakar Semangat Fahmi

fahmi63

Anda masih ingat lagi bagaimana kita bangga dengan kejayaan Khairul Idham Pawi yang mendapat podium pertama pada MotoGP Argentina baru-baru ini? Cuba bayangkan kita datang ke litar dengan penuh semangat patriotik yang sama dan berikan segala sorakan kepada Fahmi. Lagi membara semangat dia nanti, percayalah!

3. Tiket Harga Berbaloi, Siap Dapat Barangan Eksklusif Fahmi 63!

3- 5 Sebab Kenapa Anda Perlu SupportFahmi63 - ROTIKAYA

Tempat duduk anda di litar nanti sangat istimewa. Tempat duduk Fahmi63 Tribune turut memberi peluang kepada anda untuk memberi sokongan dan melihat lebih dekat kejuaraan permotoran ini – hanya RM63 (siap dapat barangan eksklusif Fahmi 63!). Paling menarik, tempat duduk tersebut betul-betul berhampiran dengan petak mula dan juga podium.

fahmi63in

Tawaran harga tiket Fahmi63 Tribune bernilai RM63 ini hanya sah bermula dari 1 April hingga 12 Mei. Siapa beli lambat dari tarikh berkenaan, ia akan kembali kepada harga asal – RM119.78.

Selain itu, pemegang kad Maybank, boleh juga dapat diskaun 20%. Jadi apa tunggu lagi?

4. Acara Ini Turut Dapat Sokongan Selebriti Terkenal Tanah Air

Anda jangan tidak tahu, acara ini juga turut mendapat sokongan hebat dan tidak berbelah bagi daripada barisan selebriti tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Ayu Raudhah, pemain bola kebangsaan, Aidil Zafuan dan ramai lagi. Mereka semua dah naikkan hashtag #supportfahmi63. Anda bila lagi?

5. Peluang Mengenali Pelumba Dengan Lebih Dekat

Untuk kepuasan maksimum, pastinya jika anda dapat berjabat tangan dengan pelumba negara dan bertanya sendiri bagaimana perasaan beliau ketika di litar. Bagaimana untuk mendapatkan peluang sebegini? Kat WSBK je boleh dengan tiket Paddock Access.

Malah jika anda inginkan akses VIP untuk dua hari (berhawa dingin dan makanan disediakan, tidaklah berpeluh), bolehlah mendapatkan tiket di www.sepangcircuit.com atau hubungi 03-8778 2222. Ikuti Facebook untuk tidak mahu ketinggalan kemaskini terkini.