Hujung tahun seperti sekarang, kami pasti ramai antara anda yang terima bonus dari usaha bekerja setahun. Sampai sudah masa untuk anda upgrade gajet peribadi anda ke tahap yang lebih baik dan terkini — bersedia untuk hadapi tahun 2018!

Beri hadiah untuk diri sendiri di hujung tahun ini atau lengkapkan rumah untuk dikongsi dengan orang tersayang — kami akan kongsikan juga cara untuk dapatkan nilai lebih untuk wang anda dengan setiap pembelian.

Kami senaraikan 5 gajet peribadi terkini yang boleh anda miliki dengan mudah melalui Bayaran Ansuran Mudah AEON dengan faedah serendah 1% di Senheng. Jom!

1) Telefon Pintar – Huawei Mate 10 Pro

Ianya datang dengan spesifikasi paling canggih anda boleh bayangkan selain kamera cantik & kapasiti bateri besar.

Anda boleh dapatkan telefon pintar canggih ini dengan Bayaran Ansuran Mudah AEON di Senheng.

2) Tablet – Apple iPad Mini

Perlukan skrin lebih besar untuk menonton filem atau bermain game kegemaran anda? Apple iPad Mini satu pilihan tepat — dengan saiz tidak terlalu besar dan harga yang mesra poket.

Anda boleh dapatkan di Senheng dengan pelan bayaran mudah lagi murah.

3) Kamera – GoPro HERO5 Session

Kadang kadang kamera telefon pintar anda tidak cukup untuk merakam detik detik penting dalam hidup anda lebih lebih lagi jika anda seorang yang sukakan aktiviti luar dan lasak.

Tahun 2018 ini lengkapkan diri dengan kamera aksi GoPro HERO5 Session ini — kecil, bergaya dan mampu rakam video 4K.

FAKTA: Bayaran Ansuran Mudah AEON menawarkan kadar faedah serendah 1% dan anda boleh terima baucer KFC bernilai RM20. Dapat gajet baru siap boleh makan sedap lagi.

4) TV – Sony 49-inci 4K HDR TV

Selepas seharian penat bekerja di luar, bila pulang ke rumah pastinya anda mahu layan siri televisyen atau filem terbaru untuk merehatkan diri.

Televisyen HDR 4K dari Sony ini memang sempurna untuk tahun baru anda. Menariknya, harga sebenar televisyen ini adalah RM3,699 namun khas untuk ahli PlusOne Senheng, ianya kini hanya RM2,699!

5) Mesin Kopi – Delonghi Coffee Machine

Kenapa anda perlu bazirkan lebih RM10 setiap hari untuk kopi setiap pagi jika anda boleh buat sendiri dengan kos lebih rendah menggunakan Delonghi Coffee Machine.

Dengan Bayaran Ansuran Mudah AEON, anda boleh berjimat duit kopi setiap hari apabila membeli gajet ini di Senheng.

FAKTA: Anda akan terima barangan percuma (free gift) dengan setiap pembelian. Dan anda juga akan terima DOUBLE FREE GIFT apabila anda membeli barangan terpilih. Tawaran paling menarik pernah kami jumpa tahun ini.

Jika anda merupakan ahli PlusOne, anda akan terima ekstra 1-year warranty. Wow!

BONUS: Anda layak untuk berpeluang menang iPhone X dengan setiap pembelian minima RM1,000 menerusi Maybank Cards. Kalau menang, memang bertambah bergaya anda melangkah ke tahun 2018.

Semua ini adalah sebahagian dari Festive Double Giveaway yang dianjurkan oleh Senheng bermula 1 Disember 2017 sehingga 28 Februari 2018. Banyak masa untuk anda membeli belah.

Tertakluk kepada terma & syarat.

Maklumat lanjut di laman web rasmi Senheng.