fbpx

Kisah Fizz Fairuz yang menyatakan hasrat ingin berkahwin mendapat perhatian ramai namun Almy Nadia berkata beliau agak terkejut dengan kenyataan kekasih hati kerana tidak mengetahui apa apa. Hmm. – mStar Online

Lama menyepi tanpa khabar berita, filem biografi khas Jimi Hendrix berjudul All Is By My Side akan memulakan sessi penggambaran sekitar tiga minggu lagi dan sehingga kini masih mengekalkan anggota Outkast, Andre 3000 sebagai pelakon utama. – Huffington Post

Flo Rida mengesahkan penglibatan beliau dalam persembahan khas bersempena finalé The Voice di’samping Justin Bieber & Lady Antebellum. Siapakah yang anda rasa mampu bawa pulang kemenangan di pentas akhir The Voice? – Celebuzz

Model terkenal, Alessandra Ambrósio (gambar) menyampaikan berita gembira melalui Facebook rasmi mengatakan yang beliau selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang di’beri nama Noah Phoenix Mazur. – People

Industri hiburan Malaysia sejak akhir akhir ini agak senyap dengan kisah saman menyaman tetapi ini merupakan senarai kes saman paling mengarut dalam sejarah Hollywood termasuk saman penonton terhadap Fear Factor kerana mendakwa melampau & terlalu ekstrim. – The Wire