fbpx

Kenapa Ramai Sangat Artis Selfie Dengan OPPO F5?

Kita tidak boleh nafikan yang selfie kini menjadi salah satu trend yang melekat dalam kehidupan seharian. Buka sahaja mana mana media sosial, pasti penuh dengan selfie dari selebriti dan rakan rakan anda.

Persoalannya, adakah selfie yang dihasilkan secantik dan sehebat selfie yang diambil selebriti dengan OPPO F5?

Minggu lepas OPPO Malaysia telah melancarkan OPPO F5 dan yang menariknya OPPO F5 ini mempunyai kamera hadapan 20MP dan fungsi AI Beautify yang boleh mengesan tona kulit, umur dan juga jantina — supaya selfie kita semulajadi cantik.

Walaupun Anugerah Skrin 2017 sudah pun berlangsung, kehangatannya masih terasa sehingga kini lebih lebih lagi apabila ramai artis yang hadir ke majlis tersebut mengambil peluang untuk selfie dengan OPPO F5.

Sekarang kalau anda semua nak dapatkan OPPO F5 ini, boleh mula pre-order di www.oppostore.com.my/products/f5 pada 2hb sehingga 10hb, dengan harga hanya RM1,298.00 dan boleh dapatkan Beg Barcelona Edisi Terhad, tampered glass dan jugak phone casing secara PERCUMA.

Fungsi lain yang ada pada OPPO F5 ini ialah Facial Unlock, korang boleh bukak phone dengan hanya scan di muka sahaja. Tak perlu lagi cap jari untuk buka telefon anda. Memang power.

OPPO F5 ini juga boleh mengesan 200 facial spot di muka anda dan menghilangkan lingkaran gelap bawah mata — dalam erti kata lain, selfie
anda akan nampak sempurna dan semula jadi cantik. Skrin depan dari OPPO F5 pulak berukuran 6 inci dan FHD+. Memang korang puas hati
dengan OPPO F5 ni.

Kalau nak lebih best, buar anda yang pre–order di Aeon Bandar Dato Onn, Johor Bahru kini berpeluang untuk berjumpa dan selfie bersama Fattah Amin! So tunggu apa lagi, pre–order di Aeon Bandar Dato Onn sekarang!

Untuk maklumat lanjut boleh layari Facebook OPPO.