fbpx

Selepas hampir empat tahun tidak bertegur disebabkan perselisihan faham, hubungan penyanyi Lan Solo dan Rody Kristal kini kembali pulih.

Turut memuat naik foto bersama Rody di Instagram, Lan berkata mereka terserempak secara tidak sengaja di surau Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

BACA: Tersenarai 100 Top Young CEO 2021, Lan Solo Tak Sangka Bisnes Kedai Runcit Membuahkan Hasil

“Alhamdulillah…itu kejadian semalam sebenarnya, kami ada program bersama tetapi bukanlah satu stage. Rody jadi house band untuk GV, saya untuk program GV live plus.

“Masing-masing ke surau kerana nak kejar waktu Maghrib, sebab semua program mereka hold dan sambung semula lepas Maghrib. Saya tak tahu Rody ada di situ, dia pin mungkin tak tahu saya ada.

“Tiba-tiba ada orang cuit bahu saya waktu nak keluar dari surau, dia (rody) kata eh Lan! Saya balas, eh Rody! Itulah benda pertama yang kami cakap,” katanya.

Meluahkan rasa syukur doanya akhirnya dimakbulkan, bagaimanapun Lan berkata mereka berdua tidak dapat berborak lama kerana masing-masing ada tugasan perlu dilakukan pada malam itu.

“Saya rasa gembira dan penuh kesyukuran sebab benda ini berlaku tanpa sebarang perancangan dan ditemukan ditempat yang baik, kami dah lama tak bercakap sejak tahun 2017.

“Masalah saya dan Rody berlaku sebelum dia berkahwin lagi, jadi bila berjumpa tu sempat bertanya khbar tentang keluarga, mak dan ayah dia sahaja. InshaAllah, kalau tiada aral melintang, kami akan cuba untuk adakan pertemuan yang lebih lama sedikit,”

“Cuma saya harap tiada campur tangan dari pihak luar yang akan mengeruhkan kembali keadaan yang dan sedia keruh sebelum ini,” katanya.

Terdahulu, Lan dan Rody pernah berselisih faham sehingga membuatkan Lan meninggalkan Kristal seleaps 18 tahun bersama kumpulan itu.