fbpx

4 Sebab Anda Wajib Tonton Filem Pinjamkan Hatiku

Bakal muncul di pawagam pada 30 November ini, filem Pinjamkan Hatiku tidak mustahil mampu membawa lembaran baru dalam industri perfileman tanah air. Tengok teaser Sam main gitar dan perlahan-lahan jadi sebak pun sudah buat peminat menangis.

Selain itu, di sebalik penggambaran yang dilakukan sebaik mungkin bagi mendapatkan hasil yang terbaik, berikut 5 sebab mengapa anda perlu tonton filem Pinjamkan Hatiku.

1. Barisan Pelakon Mantap

Penglibatan pelakon hebat dalam filem ini pastinya membuatkan peminat utama mereka hadir ke panggung wayang. Keberkesanan penghayatan pelakon pastinya membuatkan penonton akan turut merasai kesedihan watak yang dibawakan watak utama.

Pemilihan pelakon yang berkaliber hasil kerjasama AURAWHITE GLOBAL SDN BHD dan juga NUANSA PRODUCTION pastinya membuahkan hasil yang berbaloi di samping mutu filem yang terjamin.

2.Arahan Pengarah Terkenal Osman Ali

Pernah mengarah Ombak Rindu sebelum ini, pengarah hebat Osman Ali pastinya akan sekali lagi membawa penonton hanyut dengan jalan cerita yang meruntun jiwa. Rasanya tidak salah sekiranya kami berpesan terlebih awal untuk membawa tisu sendiri.

3. Kisah Cinta Penuh Konflik

Mengambil tema cinta sebagai latar belakang perjalanan filem, saat indah bercinta dan juga kesukaran watak menghadapi konflik sudah pasti menjentik jiwa penonton yang mungkin pernah berhadapan dengan situasi yang sama. Realitinya, kisah cinta yang dilalui Sam dalam filem ini pasti terkena tempias buat mereka yang pernah berlinang air mata mengingati kekasih hati.

4. Respon Sangat Positif Ketika Sesi Pra Tonton

Jika ketika sesi pra tonton filem tersebut baru-baru ini pun sudah dapat rekasi positif penggiat seni kreatif tanah air dan juga orang ramai, maka tidak mustahillah Pinjamkan Hatiku ini bakal meletup di pawagam sebaik ditayangkan.

Oh sebelum kami lupa, filem Pinjamkan Hatiku ini sekarang tengah buat road tour dan bakal terjah Pantai Timur bermula esok dan Ahad. Jangan lupa tarikh di bawah untuk tidak ketinggalan berjumpa dengan selebriti pujaan anda:

18 November 2017 (Sabtu)
Lotus Five Star (Kuala Terengganu): 12 Tengahari
TGV Mesra Mall (Kerteh, Terengganu): 4 Petang

19 November 2017 (Ahad)
GSC Berjaya Megamall (Kuantan, Pahang): 12 Tengahari
GSC East Coast Mall (Kuantan, Pahang): 4 Petang

Jangan lupa saksikan Filem Pinjamkan Hatiku yang bakal berada di pawagam berdekatan anda pada 30 November ini.