fbpx

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.297)

VIDEO HARI INI: Rasanya masih belum terlambat untuk pergi menonton filem terbaru ‘Lawak Ke Der 2’. Mula ditayangkan pada 7 mac lalu, sudah ramai yang memberikan komen positif mengenai filem ini. Tonton sahaja trailer yang disediakan sudah membuatkan anda ketawa.

Model terkenal, Cindy Crawford memberitahu jarak usia 17 tahun di antara dia dan bekas suami Richard Gere menjadi punca utama perpisahan mereka. – Us Weekly

Hetty Sarlene memaafkan kepada mereka yang menyebarkan foto mesranya bersama kekasih di Singapura. – Utusan Malaysia

Pelakon Hong Kong, Cecilia Cheung dikatakan telah membela anak hantu dengan bertujuan memberi tuah kepadanya sebelum memasuki industri 15 tahun lalu. – Kosmo

Nicole Scherzinger memberitahu untuk menjadi popular dan layak tercalon di anugerah Grammy adalah sesuatu perkara yang sukar jika anda masih kekalkan attitude classy kerana di Hollywood anda perlu menyerahkan segalanya untuk berjaya sepenuhnya. – Daili Chili

Juri rancangan

X Factor, Demi Lovato memuat naik gambarnya di twitter dengan menunjukan potongan rambut yang lebih pendek dan segar. Demi tampak begitu sihat dan lebih kurus dari sebelum ini. – E Online