fbpx

Farid Kamil Redha, Tenang Jalani Hukuman Penjara

Tidak dapat menyambut perayaan Aidilfitri bersama pada tahun ini, adik kepada pelakon, Farid Kamil, Fadzil Zahari meluahkan rasa sedih dan mendoakan agar terdapat keajaiban berlaku buat abangnya pulang berhari raya.

BACA: “Tiada Layanan Istimewa Buat Farid Kamil Di Penjara”

“Ibu bapa amat bersedih, tetapi mereka sentiasa berdoa supaya keajaiban berlaku dalam tempoh kurang dua minggu sebelum Aidilfitri. Ada juga kalangan ahli keluarga dan kenalan mengadakan solat hajat untuk Farid”

Mengulas keadaan Farid yang kini menjalani hukuman penjara sembilan bulan diatas kesalahan menggunakan dadah, Fadzil memberitahu, beliau kini lebih tenang dan redha menjalani kehidupannya di penjara.

“Saya ada menemani kakak ipar, Diana Danielle melawatnya di penjara Kajang. Alhamdulillah dia lebih tenang dan kuat berdepan dengan dugaan ini. Ia berbeza ketika kali pertama dimasukkan ke lokap dulu,” jelasnya.

Bagaimanapun menerusi posting terbaru Astro Awani melaporkan keputusan pendakwaan Farid berhubung empat pertuduhan termasuk menampar seorang anggota polis trafik terpaksa ditangguhkan diatas kelewatan peguamnya. (rtky/w)