fbpx

Neelofa Enggan Komen Gosip Bercinta Dengan Anak VVIP

Baru baru ini khabarnya tersebar sekeping gambar menunjukkan selebriti popular, Neelofa bersama seorang anak VVIP yang mencetuskan gosip mengatakan Neelofa sudah menemui kekasih baru dan kini sedang bahagia.

BACA: Neelofa Mohon Maaf Jika Nampak Berlagak, Kurang Ajar

Bercakap kepada Berita Harian, Neelofa menegaskan yang beliau kini enggan lagi mendedahkan kisah peribadi untuk pengetahuan ramai seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

“Selepas apa yang saya lalui, pengalaman mematangkan diri. Ikutkan, dengan kawan pun, hanya mereka yang tertentu sahaja saya bercerita sisi peribadi. Namun, apabila tiba masanya saya akan berkongsi”

“Maaf, memang saya tak boleh kongsi fasal bersama orang lain atau sebaliknya, walaupun sedikit. Tapi, andai saya ingin umumkan hal peribadi, pasti ia akan dilakukan secara sewajarnya. Saya akan jemput teman media ketika itu,” ujarnya.

Dalam temubual sama, Neelofa turut meminta peminat supaya tidak lagi mengaitkan dirinya dengan sesiapa dari masa silamnnya kerana masing masing sudah punyai kehidupan sendiri.

“Saya fikir, jelas masing-masing ada kehidupan sendiri. Yang menjadi perdebatan adalah dalam kalangan orang luar dan bukannya kami. Saya sendiri memilih untuk berdiam diri dan tak hiraukan semua ini,” tambahnya. (rtky/m)