fbpx

31 Kali Turun Naik Ambil Hadiah, Azar Azmi & Hafreez Adam Bercinta Ke?

Perkongsian Hafreez Adam menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu mengatakan dia tidak menang tangan apabila terpaksa 31 kali turun naik ke lobi untuk mengambil hadiah hari jadinya kiriman pelakon Azar Azmi.

Menurut Hafreez, pada awalnya dia tidak tahu hadiah-hadiah tersebut dikirimkan oleh Azar kerana tiada kad daripada pengirim. Katanya lagi, dia terpaksa turun ke bawah sehingga tidak larat berbuat demikian.

BACA: Serik Putus Tunang, Azar Azmi Nekad Sorok Kekasih

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Ada orang rancang nak buat kejutan. Kononnya 31 biji kek cawan untuk 31 kali penghantaran. Rumah pula jenis kondominium.

“Musim ‘lockdown’ semua penghantaran kena ambil kat bawah. Masa penghantaran pertama saya ambil. Tertanya juga siapa yang bagi sebab tak ada kad (pengirim). Cuma kek cawan dan balon,” katanya.

“Sehingga panggilan kedua terakhir, saya turun sendiri sebab rider kata kali ini tuan yang mengirimkan hadiah (Azar Azmi) minta saya ambil sendiri hadiah. Istimewa katanya,” ujarnya.

Menerusi entri itu, Hafreez turut memuat naik video menerima beberapa hadiah berupa jambangan bunga, kek, coklat dan belon yang diterima daripada Azar.

Dalam pada itu, Azar juga dilihat turut memuat naik perkongsian di Instagram menjelaskan dia berbuat demikian kerana mahu melihat pelakon itu gembira sempena ulan tahun kelahirannya.

“Saya tidak mahu apa-apa daripada awak. Tapi saya akan selalu mendoakan setiap langkah perjalanan awak.

“Mengirimkan hadiah sempena hari istimewa (hari jadi) awak, sekurang-kurangnya membuatkan awak gembira dan rasa dihargai,” tulisnya.

Seperti sudah dijangka, tindakan Azar itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen yang membuat spekulasi mungkinkah mereka berdua sedang bercinta.

Terdahulu, Azar mengakui hatinya sudah dimiliki namun nekad untuk merahsiakan identiti kekasih barunya itu.