fbpx

3 Tahun Menduda, Fendy Caliph Buskers Sudah Jumpa Pengganti

Pemain dram Caliph Buskers iaitu Fendy Adlun mengkaui sedang rapat dengan seorang wanita selepas tiga tahun berpisah dengan bekas isteri.

Memetik mStar Online, Fendy berkata sebagai lelaki dia mengakui ada kalanya rasa sunyi dan memerlukan pasangan itu. Bagaimanapun, Fendy berkata setakat ini hanya itu sahaja boleh diulas mengenai perkara tersebut.

BACA: Fendy Caliph Buskers Dapat Rumah PPR, Sewa Dikecualikan Selama Setahun

“Sebagai seorang lelaki pastinya ada masa akan rasa sunyi apabila hidup tanpa teman. Itu adalah naluri yang biasa.

“Saya ada rapat dengan seorang wanita saya. Setakat ini itu sahaja yang boleh saya katakan. Kalau ada jodoh saya bersyukur kerana kembali berkahwin,” katanya.

Kata Fendy lagi, dia turut kasihan dengan anak tunggalnya, Nur Azalea Zafirah dan mahukan seseorang yang boleh menjaga anaknya itu ketika dia keluar bekerja.

“Selepas berpisah saya menjaga anak sendiri. Ada masa terpaksa bawa dia pergi kerja dan pulang sehingga lewat malam.

“Kasihan saya melihat nasib anak dan sebab itu kalau berkahwin nanti ada orang boleh menjaganya di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Fendy mengakui berdepan kesukaran untuk menguruskan anaknya lebih-lebih lagi dalam hal penjagaan wanita apatah lagi anaknya semakin besar.

“Saya sendiri tak begitu faham tentang hal penjagaan wanita seperti ketika waktu datang bulan. Jika ada seorang ibu boleh memberi tunjuk ajar dan membantu,” katanya.

Terdahulu, Fendy pernah berkahwin dengan Nadira Rubina yang juga bekas ahli Caliphs Buskers dan pasangan itu bercerai pada 2018.