fbpx

Okay baik’lah. Shahrizal Jaszle, lagi berbelit lidah Jawa kami mahu menyebut nama pelakon lelaki yang semakin popular ini.

Kalau anda sukakan Vanila Coklat, malam ini pastikan anda tetap melekat di’hadapan TV kerana ada satu drama bersiri baru akan mula menghiasi malam anda.

3 Janji membariskan para pelakon ternama seperti Liyana Jasmay, Shahrizal Jaszle & Shah Iskandar.

Drama ini di’arahkan oleh Heykal Hanifah yang bukan asing lagi dalam scene drama cinta selepas kejayaan Hani, Asmara dan juga Asmara 2.

Sinopsis: Mengisahkan tentang Dalia (Liyana Jasmay) dan Khursyi (Shahrizal Jaszle) yang berkawan baik sejak zaman kanak-kanak. Mereka saling memahami dan menyayangi akhirnya menjadi pasangan kekasih. 

Malangnya, sebuah tragedi telah meragut nyawa Khursyi apabila mereka dalam perjalanan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM.

Dalia redha dengan pemergian Khursyi dan sentisa ingat kepada 3 janji yang pernah dilafazkan oleh Khursyi untuk mencari teman hidup yang boleh menjadi sabahat terbaik, menjadi kekasih & suami terbaik buat Dalia.

Apakah kemunculan Kamil dan Yassin dapat menggantikan tempat Khursyi dalam hati Dalia serta menepati 3 janji tersebut? Setiap Selasa. 9 malam.