fbpx

2NE1 Bakal Buat Persembahan Di Konsert Twin Tower 2013

Untuk tahun yang ke-3, The Twin Towers @Live kembali menjadi tuan rumah bersempena PETRONAS Malaysia Grand Prix pada 22 Mac dan 23 Mac ini bertempat di PLaza KLCC.

Malah ada berita yang lebih gembira buat peminat K-Pop di Malaysia, konsert ini bakal diserikan persembahan kumpulan K-Pop 2NE1 yang dianggotai 4 gadis jelita, Dara, Bom, CL dan Minzy.

2NE1 sebelum ini telah memulakan evolusinya di Seoul Korea pada 28 dan 29 Julai tahun lalu di Stadium Olimpik Seoul.

Melalui evolusi tersebut 2NE1 telah mencapai hampir 20,000 peminat dan seterusnya dibawa menjelajah ke 10 bandar seluruh Asia termasuk di Amerika dan Eropah.

Untuk tahun 2013, 2NE1 sudahpun mempunyai 400 juta tontonan video di Youtube disamping digital single mereka telah terjual hampir 27 juta.

Konsert ekstravaganza yang berlangsung selama 2 hari ini nanti bakal menampilkan bintang pop Demi Lavato, artis K-Pop, U-Kiss disertai artis tempatan Atilia dan K-Town pada hari pertama.

Disusuli 23 Mac dengan persembahan Backstreert Boys dan kumpulan 2NE1.

Bagi memberi sokongan, artis tempatan seperti Mizz Nina, Caprice dan One Nation Emcees turut membuat persembahan pada 23 Mac nanti.