fbpx

Tidak sabar menanti kehadiran penyanyi k-Pop pujaan ramai di Sepang International Circuit, seramai lebih dari 15,000 peminat setia telah bersedia untuk menghangatkan Sepang bermula pada hari ini hingga esok!

Bukan seorang yang hadir tetapi lebih dari 5 kumpulan muzik pop Korea telah pun tiba di Malaysia untuk menghadiri anugerah yang setaraf Grammy Award Hollywood.

Buat julung kalinya dijalankan di Malaysia, Anugerah yang sama usianya dengan Anugerah Juara Lagu Malaysia telah dijayakan oleh JTBC dan juga Ilgan Sports, diuruskan oleh Joongang Culture Media dan juga syarikat media dari Singapura, Mediartncomm Co.,Ltd.

Acara ini juga disokong kuat oleh Malaysian Convention and Exhibition Bureau (MyCEB) bersama-sama dengan Menteri pelancongan dan dibawa khas oleh Samsung Malaysia Electronics sebagai penaja utama.

Anugerah Golden Disk (GDA) dibahagi kepada dua iaitu untuk album dan juga lagu ditambah pula dengan anugerah undian paling tinggi dari peminat untuk MSN Popularity Vote, Malaysia’s Most Favourite dan juga GALAXY Star Award.

Antara artis yang telah disahkan kehadirannya adalah Shinee, Super Junior, Kara, B2ST, B1A4 dan juga FT Island — berikut merupakan gambar gambar sekitar karpet merah 27th Golden Disk Awards untuk hari pertama. Enjoice!