Hari pertama 27th Golden Disk Awards malam tadi menyaksikan Super Junior dengan album Free, Sexy and Single berjaya merangkul anugerah Album of the Year selain juga memenangi kategori populariti hasil undian ramai MSN Southeast Asia Award.

Selain Super Junior, kesemua kumpulan muzik pop Korea yang hadir ke Malaysia untuk menghadiri majlis anugerah ini turut merangkul gelaran masing masing — INFINITE, 4MINUTE, Trouble Maker, CN Blue, FT Island, KARA, BEAST, B1A4 dan SHINee.


Anda peminat tegar k-pop boleh melihat senarai penuh keputusan hari pertama 27th Golden Disk Awards melalui artikel kami sebelum ini.

Berikut merupakan gambar sekitar persembahan dan juga penyampaian anugerah malam tadi — kita jumpa lagi malam ini ya kawan kawan.