“26 Tahun Papa Tiada, Saya Masih Anak Yang Kuat”

Pelakon Nur Fazura memuat naik hantaran mengenai arwah bapanya, Sharifuddin yang meninggal dunia 26 tahun lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Fazura berkata dia masih lagi seorang wanita yang kuat serta meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya.

BACA: “Allah Tahu Niat Saya” – Fazura Bina Hubungan Baik Dengan Fattah Demi Fatima

“Al-Fatihah. Sudah 26 tahun pada tiada. Jangan bimbang, saya masih lagi anak perempuan papa yang kuat.

“Segala sifat baik serta ketabahan papa akan sentiasa hidup dalam diri saya. Rindu dan sayang papa setiap hari, sehingga kita bertemu kembali,” tulisnya.

Dalam hantaran berkenaan, Fazura turut memuat naik gambarnya ketika masih kecil termasuk bersama arwah bapanya.

×