fbpx

23 Kereta Mewah Disita SPRM, Netizen Dakwa Salah Satu Milik Shuib?

Sejak beberapa hari ini hangat diperkatakan mengenai sindiket Macau Scam berjaya ditumpaskan apabila beberapa individu termasuk dua orang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan, mereka menggunakan menggunakan populariti artis untuk menjalankan kegiatan ‘mencuci’ duit haram melalui pelbagai usaha sama dan perniagaan sah.

BACA: Shuib Anggap 23 Jam Disiasat SPRM ‘Asam Garam’ Bergelar Usahawan

Dalam pada itu, di laman Facebook tular 23 kereta mewah yang disita oleh pihak SPRM. Antaranya kereta jenama Bentley, (Ford) Mustang, Roll Royce, Ferrari, Lamboghini, Porche, (Nissan) GTR dan beberapa motosikal berkuasa tinggi.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen ada beberapa kenderaan didakwa milik Shuib Sepahtu yang telah disiasat sebelum ini bagi memberi maklumat berkenaan kegiatan Macau scam tersebut.

https://www.instagram.com/p/CCQh1ONHSuc/?utm_source=ig_embed

https://www.instagram.com/p/B4WVynkHPuZ/?utm_source=ig_embed

Malah, sebelum ini Shuib dilihat ada memuat naik gambarnya dengan kereta yang kelihatan sama seperti kenderaan yang telah disita. Diruangan komen gambar tersebut, netizen turut bertanyakan hal itu kepada pelawak berkenaan adakah itu kenderaan sama yang disita.

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila Shuib dipanggil hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara berkaitan pengubahan wang haram.