fbpx

200,000 Pengunjung Banjiri Karnival Planet Gempak Astro!

Sepanjang hujung minggu lalu, selama dua hari berlangsungnya karnival Planet Gempak Astro menyaksikan kehadiran lebih 200,000 pengunjung yang ingin merasai kehangatan pelbagai akitiviti menarik yang disediakan selain bertemu barisan selebriti tempatan.

Para peminat pastinya tidak melepaskan peluang bertemu barisan selebriti terkenal kegemaran seperti Aaron Aziz, Neelofa, Dato’ AC Mizal, Hanis Zalikha, Rozita Che Wan dan ramai lagi!

Antara aktiviti yang mendapat perhatian ramai pengunjung adalah lima zon utama yang dibuka buat para pengunjung iaitu Zon Hiburan, Zon Universal, Zon Sukan & Ekstrem, Zon Cilik dan Zon Interaktif.

#01 Lebih 200,000 Kunjungi Karnival Planet Gempak Astro - ROTIKAYA

Selain itu pertunjukkan demo masakan oleh dua finalis MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua Syura dan Celina Khor, permainan papan selaju (skateboard), cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia & permainan menarik yang disediakan oleh saluran saluran Astro turut mencuri tumpuan.

Di sebelah malam pula para pengunjung berpeluang untuk menyaksikan konsert hebat gabungan dari peserta Kilauan Emas, program realiti TV Akademi Fantasi dan Raja Lawak seperti Hafiz, Akim, Stacy, kumpulan SayWho, kumpulan Balas, kumpulan Shiro dan ramai lagi!

#02 Lebih 200,000 Kunjungi Karnival Planet Gempak Astro - ROTIKAYA

Lokasi Karnival Planet Gempak seterusnya bakal menjelajah ke tiga negeri lain selepas ini iaitu Kuantan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur di mana pasti akan memberikan satu pengalaman luar biasa kepada umum terutamanya para pelanggan Astro.