fbpx

20 Hari Tayang, Dukun Kaut Lebih RM10 Juta

Tahniah buat filem Dukun kerana telah mencapai kutipan lebih daripada RM10 juta hanya dalam masa 20 hari tayangan. Berbaloi pengarahnya, Dain Said peram filem lama-lama. Tapi filem ini pun punya aura tersendiri lebih-lebih lagi penghayatan watak-watak yang dilakonkan dengan baik barisan pelakon.

BACA: Dakwa Filem Dukun Pesong Akidah, Umie Aida Sedih

Berita gembira tersebut dikongsikan oleh Umie Aida melalui akaun Instagramnya diiringi dengan kata-kata penuh syukur di atas kejayaan filem tersebut dan juga sokongan penonton.

“Alhamdulilah. Terima kasih atas sokongan anda semua. Teruskan sokongan anda pada filem-filem Malaysia yang akan keluar di pawagam nanti. Sekali lagi terima kasih Malaysia & Singapore & Brunei,” tulisnya.

Menurut Utusan Online, Dukun sebelum ini diharamkan tayangannya pada Disember 2006 selepas Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) membuat keputusan itu kerana jalan ceritanya yang dianggap kontroversi.

Selain Umie, Dukun membariskan pelakon yang sememangnya hebat membawakan watak dalam setiap lakonan seperti Adlin Aman Ramlie, Namron, Faizal Hussein, Bront Palarae, Nadiya Nisaa, Mislina Mustafa, Soffi Jikan, Hasnul Rahmat dan Elyana. Hebat belaka, bukan? (rtky/s)