fbpx

Dakwa Filem Dukun Pesong Akidah, Umie Aida Sedih

Pelakon utama filem Dukun, Datin Paduka Umie Aida mengakui sangat sedih apabila ada individu di dalam industri telah membuat penilaian tanpa menonton filem lakonannya terlebih dahulu. Ini berikutan kenyataan sesetengah pihak yang mempertikaikan klasifikasi yang diberikan kepada Dukun kerana ia dikatakan boleh memberi kesan negatif kepada penonton di bawah 18 tahun.

BACA: Umie Aida Jamin Suami Keluar Tahanan RM10,000

“Adakah filem ini menyuntik semangat atau melahirkan semangat anda untuk menjadi dukun? Jawapannya tidak. Bila orang menonton nanti mereka akan faham”

“Tapi bila kata-kata keluar dari orang industri sendiri tentang filem ini mungkin larikan akidah, mungkin lahirkan lebih ramai lagi dukun, saya sangat sedih kerana mereka bercakap tanpa menonton filem ini. Saya lebih sedih kalau yang bercakap itu adalah kawan saya,” katanya kepada ditemui di majlis tayangan filem Dukun pada petang kelmarin.

Tambahnya lagi, filem Dukun sebenarnya memaparkan kisah yang boleh menjadi teladan buat semua.

“Filem ini ada pengajarannya. Ia memperlihatkan bagaimana bila seorang manusia inginkan sesuatu tetapi tidak meminta kepada ALLAH SWT. Sebaliknya dia minta sesuatu dari dukun dan bila minta pada tempat yang salah, itulah balasan yang di terima dan itulah jalan cerita filem ini,” katanya. (rtky/h)