fbpx

Video: Saksikan Persembahan Penuh Tenaga Adele & Kuasai Anugerah Grammy

Boleh kami katakan yang malam anugerah Grammy awal pagi tadi merupakan malam anugerah buat penyanyi Adele.

Kami yang terlepas menyaksikan siaran langsung anugerah ini pada pagi tadi terus mencari video persembahan Adele membawakan lagu berhantu beliau, Rolling In The Deep.

Ini merupakan persembahan umum pertama beliau selepas bertarung dengan masalah tekak yang menyebabkan kesukaran untuk melakukan persembahan.

Pada malam anugerah Grammy, Adele berjaya menggondol 6 anugerah utama iaitu Album of the Year, Record of the Year, Song of the Year, Best Pop Vocal Album, Best Short Form Music & juga Best Pop Solo Performance yang mendapat standing ovation daripada hadirin di Staples Center, Los Angeles.