Rasa’nya ketika ini semua sudah sedia maklum tentang selebriti mana yang tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke 25 (#ABPBH25).

Salah seorang selebriti yang boleh di’katakan menjadi tumpuan media petang semalam adalah Fasha Sandha yang tercalon dalam kategori Pelakon TV Wanita Paling Popular untuk kali ini.


Fasha Sandha pernah memenangi kategori tersebut pada tahun 2005, 2006, dan terbaru 2010.

Sempat bertemu sekejap dengan Fasha Sandha kami ajukan satu soalan tentang gossip yang mengatakan beliau sudah bernikah di Thailand bersama kekasih beliau kini, Rizal Ashram (Jejai). Dan, Fasha Sandha lantas menafikan perkara tersebut.

Menurut Fasha Sandha, beliau tidak faham bagaimana gossip sebegitu boleh timbul sedangkan beliau sudah beritahu media jika sampai masa’nya, segala yang perlu peminat tahu akan di’dedahkan. 

Kami rasa peminat hiburan Malaysia sudah tidak sabar untuk melihat pasangan Fasha Sandha & Rizal Ashram ini untuk naik pelamin — oleh itu rajin timbul dengan kisah kisah dongeng sebegitu. Heh.