Baru saja 13 hari ditayangkan, filem OlaBola mencatat kini sudah pun berjaya mencatat kutipan RM8 juta setelah ditayangkan di 120 pawagam, bukan saja di Malaysia malah ia turut ditayangkan di Brunei.

BACA: 4 Hari Tayangan, Ola Bola Kini Sudah Raih RM2.5 Juta


Naib Presiden dan Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar berkata sambutan memberangsangkan itu didorong reaksi positif peminat yang berpusu-pusu ke pawagam sejak ia ditayangkan pada 28 Januari lalu.


Berlatarbelakangkan era 1980-an, “Ola Bola” merupakan kisah kejayaan tentang keberanian dan semangat bersatu yang memberi inspirasi kepada barisan pemain bola sepak Malaysia untuk bangkit dari kekecewaan dan muncul menjadi wira negara.

Filem yang diarahkan oleh pengarah hebat Chiu Keng Guan ini merupakan satu perjalanan inspirasi yang dijangka akan menambat hati para penonton Malaysia.