4 Hari Tayangan, Filem Ola Bola Raih RM2.5 Juta
Baru sahaja membuka tirai tayangan pada 28 Januari lalu, filem mengenai semangat setiakawan dalam sukan bola sepak negara iaitu Ola Bola kini telah berjaya mencatat kutipan RM2.5 juta dalam masa 4 hari.
Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata filem OlaBola bukan sahaja memaparkan sukan bola sepak, namun menonjolkan semangat dan perpaduan yang ada di Malaysia.
“Filem ini juga memiliki jalan cerita yang sesuai ditonton oleh semua lapisan rakyat di mana peminat sukan bola sepak boleh menikmati aksi bola sepak dan semangat berpasukan, manakala penonton yang meminati aksi komedi pasti akan terhibur dengan gelagat lucu yang ditampilkan”
“OlaBola juga turut membawa penonton mengimbau kembali era tahun 80-an menerusi pakaian, rambut, pesta karnival dan stadium pada ketika itu,” kata Henry dalam satu kenyataan dipetik daripada Astro Awani.
Filem terbitan Astro Shaw ini ditayangkan menerusi 126 pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Barisan pelakon bukan sahaja perlu mengikuti kelas berlakon tetapi latihan bola selama tiga bulan sebelum penggambaran dimulakan.
yeayy.. akhirnya filem2 yg berkualiti utk rakyat malaysia
best best,aku nak tengok lg.
Hamba allah
Aku sokong hujah kau ni..
tak sabar nk tunggu hujung minggu ni, nak ke kota menonton cerita ni bersama pakwe. almaklumlah akak ni duk felda jer.. kena bangun awal pagi n tunggu bas lepas subuh nak sampai ke kota semata nk tgk cerita ni
Nak tahu cara mudah buat duit tanpa modal? cuba disini http://www.clixsense.com/?863717 klik iklan saja pn dapat duit..cuba lah.. boleh buat side income. betol tak payah keluar modal pon..Duit dalam currency usd boleh tukar ke RM.MUDAH SANGAT!!! CUBA LAH….
Baru tayang dah dapat duit banyak…. http://www.gerobokbuku.com/
okay good job! Keep up the good work. that shows the economy is moving with ticket sales improving each time a new film emerges in the cinemas throughout the country..