fbpx

Program terbaru Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 bakal menyaksikan bakat generic viagra softabs baru di dalam bidang nyanyian dan juga komedi yang akan keudara setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

Seramai 12 orang peserta telah dipilih dari pelbagai negeri.

Antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pengajar dalam program realiti ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario, Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail.

Program yang bakal menyaksikan sisi lain program realiti terbitan TV3 yang pernah ditonjolkan sebelum ini bakal keudara selama 15 episod dan memperkenalkan Adibah Noor sebagai pengacara manakala pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai pengacara belakang pentas.

Bagi program ini, khidmat juri profesional seperti Fauziah Ahmad Daud dan juga Ar. Badul antara juri tetap untuk musim pertama ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM200,00.