fbpx

#10YearsChallenge Buka Hati Jihan Muse Untuk Bertudung

Dikala selebriti lain membuka tudung, lain pula ceritanya dengan Jihan Muse. Menyertai misi kemanusiaan di Indonesia baru-baru ini benar-benar menggerakkan hatinya untuk berhijab.

BACA: “Semoga Saya Masih Ada Kerja Bila Bertudung”

“Kunjungan ke Palu, menyertai misi kemanusiaan antara yang menggerakkan hati saya untuk bertudung. Sebenarnya saya sudah lama terdetik nak bertudung tapi macam-macam mengganggu fikiran hingga niat itu tertangguh”

Bagaimanapun keinginan untuk berhijab semakin banyak apabila tular #10yearschallenge di Instagram baru membuatkan Jihan terfikir panjang. Selain itu program penghijrahan Mizz Nina juga turut membantu.

“Bagaimanapun, ketika tular gambar #10yearschallenge yang membandingkan gambar 2009 dan 2019, saya mula terfikir untuk berubah. Saya juga ada menonton program penghijrahan Mizz Nina”

“Perkara itu turut buka hati saya untuk muhasabah diri dan berubah secara perlahan. Sebenarnya saya tidak berani membuat kenyataan sudah bertudung sepenuhnya kerana tidak tahu dugaan akan datang,” jelasnya.

Kagum dengan sikap Jihan yang tidak terburu-buru dan mengambil langkah perlahan-lahan untuk berhijab. Bak kata orang, biar perlahan asal selamat atau dalam konteks ini biar perlahan asal kekal! (rtky/w)