"Doakan Saya Masih Diterima Dalam Kerja Ini"
Tampil berhijab penuh kini, Jihan Muse berharap penampilan barunya itu mendapat penerimaan positif daripada semua terutama dalam bidang kerjayanya agar beliau masih mendapat tawaran kerja walaupun bertudung.
BACA: Jihan Muse, Suami Selamat Sambut Bayi Lelaki

Kenyataan itu dibuat Jihan selepas membalas komen peminat yang memuji kecantikannya yang memuat naik beberapa gambar berhijab kebelakangan ini. Ramai juga turut mendoakan Jihan terus istiqamah.
Dalam ruangan komen, peminat juga mendoakan agar Jihan masih mengacarakan beberapa program yang diacarakan beliau sekarang seperti Gegar Vaganza dan MeleTOP dan bertambah rezeki yang lain juga.
Untuk pegetahuan kini Jihan dan keluarga sedang menikmati percutian di Jepun. Beberapa gambar percutian mereka berserta penampilan Jihan juga turut dikongsi pengacara itu. Memang manis Jihan bertudung! (rtky/w)
- SUMBER
- M Star Online
Alhamdulillah……
Rezeki dari Allah jua
Jangan bersangka buruk pada Allah la.. bengap punya retis!
R u in the same field with her ?
Alhamdullilah inshallah.. dimurahkan lagi rezeki Jihan..
Smoga kekal menutup kepala, jangan lama2 esok pakai turban jer….
Syabas Jihan.