fbpx

10,000 Hadir Meriahkan Acara Penutup Royal Belum World Drums Festival 2012

Pertama sekali team Rotikaya ingin mengucapkan terima Kasih kepada Kilatan Unggul Events dan kerajaan Negeri Perak kerana sudi menjemput kami yang kecil ini ke acara yang penuh awesome!

The Royal Belum World Drums Festival 2012 ini telah selesai melabuhkan tirainya pada Ahad lalu dengan kehadiran lebih 10,000 pengunjung di Grik, Perak.

10 negara termasuk Malaysia telah membuat persembahan yang mantap dan cukup mengagumkan menggunakan alat alat muzik dari negara masing masing.

Tapi yang pasti kami amat teruja dengan delegasi dari negara Vietnam kerana ahli kumpulan ini terdiri dari gadis sunti Vietnam yang sememangnya hot dan menarik perhatian kami sepanjang festival ini berlangsung. Heh! 

Acara penutup ini telah dihadiri oleh Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzwan Raja Dr.Nadzrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah dan juga Menteri Besar Perak Dato’ Seri Dr Zambry bin Abdul Kadir.

Dibawah adalah gambar gambar di sekitar acara The Royal Belum World Drums Festival untuk tatapan anda semua. Enjoice!