Februari lalu, industri hiburan Malaysia dan Indonesia dikejutkan dengan pemergian pelakon Ashraf Sinclair yang meninggal dunia ketika dalam tidur akibat serangan jantung.
Sekian lama berdiam diri, baru-baru ini Bunga Citra Lestari memuat naik gambar bersama keluarga serta ibu Ashraf, Khadijah A Rahman meraikan Aidilfitri bersama-sama. Difahamkan, ibu Ashraf sudah hampir dua bulan tinggal bersama BCL.
BACA: “Mendoakanmu Adalah Caraku Untuk Mencintaimu”
Menerusi perkongsian di Instagram ibu Ashraf, bagi mengenang 100 hari pemergian anak sulungnya itu, mereka sekeluarga bersama-sama membuat bacaan yasin dan tahlil secara atas talian.
Malah, Khadijah turut memuat naik foto lukisan bunga lili berwarna kuning yang berada di pusara anak lelaki kesayangannya itu.
Khadijah berkata hasil lukisannya itu dihadiahkan kepada menantunya sebagai tanda ingatan memandangkan mereka tidak dibenarkan untuk menziarahi pusara Allahyarham susulan perintah berkurung di sana.
Perkongsian ibu Ashraf itu ternyata menyentuh hati netizen yang mendoakan agar arwah Ashraf tenang disana serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Malah, ramai yang memuji layanan baik ibu Ashraf buat menantu tersayang.