fbpx

10 Tahun Kahwin, Irwansyah Dedah Isteri Selalu Minta Cerai

Usia perkahwinan sudah mencecah 10 tahun, pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Irwansyah mengakui dia dan isteri, Zaskia Sungkar juga sama seperti pasangan lain tidak terlepas daripada pelbagai cabaran sepanjang melayari alam perkahwinan.

Irwansyah berkata mereka sering bergaduh dan isterinya bersikap seperti kanak-kanak apabila sering kali meminta untuk berpisah. Bagaimanapun, katanya lagi sikap isterinya kini berubah dan jarang bergaduh.

BACA: Hamil Empat Bulan, Isteri Irwansyah Mengidam Nak Naik Gunung

“Oh dia childish sangat. Kalau dulu macam budak-budak sangat, kalau gaduh ya kami gaduh. Sekarang Alhamdulillah jarang bergaduh lagi. Selalu dia cakap dengan saya mahu cerai.

“Usia sangat mempengaruhi, dulu masih macam budak-budak. Apa-apa sekarang dah malas nak garuh kerana masalahnya itu-itu sahaja,” katanya.

Berkongsikan perkembangan kandungan sulung mereka, Irwansyah berkata dia dan isteri sudah pun mempersiapkan kelengkapan untuk cahaya mata mereka itu. Ujarnya, mereka kini sedang mengubahsuai bilik untuk anak.

“Teruja sangat tapi untuk beli barang bayi mama yang belikan. Sekarang bilik kami sedang dibesarkan untuk dipersiapkan bilik anak sekali.

“Yang kecoh bukan sebab nak bebelanja tapi masa melihat anak melalui imbasan, itu lebih teruja nak tahu baby buat apa,” katanya.