fbpx

10 Filem Tempatan Tak Laku, Catat Kutipan Terendah

Baru-baru ini, kejayaan filem ‘Hantu Kak Limah’ dan ‘Munafik 2’ menjadi perhatian ramai selepas berjaya mencatat jumlah kutipan tertinggi dalam sejarah industri perfileman tanah air.

Belum lagi di penghujung tahun 2018, sudah ada 10 filem tempatan yang kurang mendapat sambutan dan gagal mendapat kutipan yang baik. Namun harus diingatkan, filem yang mendapat kutipan pecah panggung tidak semestinya merupakan filem terbaik. Setiap filem tampil dengan kelebihan dan sasaran tersendiri.

Daripada 33 buah filem yang ditayangkan sehingga Ogos lalu, ini antara 10 filem tempatan yang mendapat kutipan paling rendah.

1. Bidong The Boat People (Mac) – RM3,000

2. Enjin No. 9 (Mac) – RM7,000

 

3. Qhaliq (Jun) – RM14,000

 

4. This Is Pilah (Jun) – RM45,000

5. Hantu Wangan (Mac) – RM89,000

6. Badang (Februari) – RM93,000

7. Busker (Januari) – RM96,000

8. Bukan Cinta Malaikat (Januari) – RM127,000

9. Makrifat Cinta (Februari) – RM138,000

10. Blok 404 (Jun) – RM220,000