fbpx

Dengar Cakap Ibu, Aiman Tino Putuskan Hubungan Dengan Kekasih

Februari lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut keluarga penyanyi Aiman Tino apabila ibunya rasa kesal mendakwa anaknya sudah berubah.

Menerusi perkongsian di Instagram itu, ibunya terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dihubungi dan mendakwa dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah.

BACA: Ibu Aiman Tino Digelar Mertua Dari Neraka

Bagaimanapun, segala salah faham sudah pun selesai. Malah, Aiman memberitahu dia sudah pun memutuskan hubungan dengan kekasihnya serta menuruti permintaan ibunya.

“Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri. Itu yang mereka nak,” katanya.

Dalam pada itu, Aiman berkata apa yang terjadi membuatkan dia lebih bersemangat dalam perniagaan dan dia memang bekerja keras untuk keluarga.

“Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia membuatkan saya nak lebih berjuang. Apa saya boleh cakap, keluarga saya mungkin tak nampak apa saya buat di luar dan saya pun kurang berkongsi dengan mereka. Saya memang bekerja keras untuk keluarga,” katanya.