fbpx

Gambar: Scha al-Yahya Dan Awal Ashaari Muka Hadapan Remaja Mei 2012

Pertamanya, selamat Hari Pekerja kami ucapkan kepada semua anda yang bergelar pekerja dan penggerak ekonomi negara. Tanpa anda semua memberikan khidmat terbaik untuk negara, apalah erti bangsa yang merdeka ini.

Wajah muka hadapan majalah Remaja edisi kali ini seperti sirih pulang ke ganggang. Manakan tidak, kedua dua mereka Scha al-Yahya & Awal Ashaari pertama kali bertemu mata ketika berjalan’nya pencarian Dewi Remaja.

Menurut Awal Ashaari, pertama kali beliau melihat Scha al-Yahya adalah ketika di’berikan tugas sebagai pengacara majlis Dewi Remaja 2007 namun ketika itu semuanya sekadar perasaan biasa — tetapi beliau sedar akan sesuatu yang unik pada gadis  bernama Scha al-Yahya.

Ketika pengarang majalah Remaja memanggil Awal Ashaari untuk menjadi wajah hadapan bersama calon Dewi Remaja pilihan beliau sendiri, Awal Ashaari mengaku sengaja memilih Scha al-Yahya sebagai pasangan.

Mahu tahu lebih lanjut tentang awal kisah percintaan mereka berdua? Dapatkan naskah Remaja edisi Mei 2012 anda bermula hari ini. Hanya RM5.00.