fbpx

“Ya, Saya Tahu Saya Keluar Dengan Isteri Orang”

Tidak mahu berselindung dan bersikap terbuka dalam menjelaskan situasi yang berlaku, pelakon Adi Putra mengakui ketika dia keluar bersama isteri keduanya, Norshahida Zolkifly, dia mengetahui bahawa wanita berkenaan masih berstatus isteri.

BACA: “Zuriat Bukan Alasan Saya Kahwin Dua”

Menurut laporan portal Astro Gempak, persoalan tersebut hanya dijawab oleh Adi Putra setelah diasak soalan yang sama berulang kali. Namun Adi turut menolak dakwaan dan menafikan menjadi punca penceraian Shahida dan bekas suaminya, Rahizam Rahimpudin.

“Ya, saya tahu saya keluar dengan isteri orang. Tetapi tak perlu saya selidik apa yang berlaku dalam rumah tangga dia (isteri kedua) dan bekas suaminya. Kerana bagi saya apa yang berlaku dalam rumah tangga dia dan suaminya sebelum ini adalah aib mereka. Namun untuk mengatakan saya yang menjadi punca penceraian mereka, saya menolak dakwaan tersebut,” jelasnya.

Sementara itu, Adi juga turut menolak dakwaan yang mengatakan dirinya merupakan seorang perampas berikutan keputusannya berkahwin dengan bekas isteri orang tersebut.

“Ada yang mengandaikan saya perampas isteri orang. Itu hak masing-masing. Bukan semua manusia nak jadi perampas. Cuba tanya dalam diri kita siapa yang nak jadi jahat? Ada juga yang kata saya hanya suka dengan isteri orang”

“Saya akan lalui semua ini. Namun saya memaafkan mereka yang mengatakan saya,” katanya kepada Rotikaya dalam satu majlis sidang media bagi menjelaskan situasi yang dihadapinya ketika ini. (rtky/h)